Wednesday, April 28, 2010

rxlite...

Tuesday, April 27, 2010

rxlite


RxLite merupakan inovasi terbaru formulasi doktor perubatan &'Cancer Survivor' yang tersohor di Malaysia iaitu Dato Dr. Noordin Darus. Beliau yang merupakan seorang pakar diet & pemakanan yang terunggul suatu ketika dahulu merupakan seorang pelatih kepada atlit-atlit tanah air dan merupakan bekas Pengarah Perubatan Majlis Sukan Negara. Beliau lebih dikenali dengan penggilan 'Doktor Sukan'. Beliau-lah yang memberi panduan diet & teknik bersenam yang betul kepada atlit2 kebangsaan yang terkemuka seperti Misbun, Razif & Jailani Sidek, Nurulhuda Abdullah dan ramai lagi atlit2 negara. Malah anak beliau pun kadang-kadang berkesempatan berlatih dengan atlit-atlit ini. Program pelangsingan beliau iaitu 'Slim For Life' merupakan suatu program yang terkenal dan diikuti oleh pelbagai institusi kerajaan, firma-firma dan badan-badan tertentu. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program 'Mari Bersenam' di TV1 setiap pagi jam 7.30am sekitar tahun 80an dahulu. Kini, dengan kepakaran yang ada, beliau telah mencipta formulasi Rx-Lite untuk setiap orang yang bercita-cita untuk mendapatkan berat badan & bentuk tubuh yang ideal dengan cara yang menyihatkan. Ia mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang membantu anda membakar lemak dan menghilangkan berat badan berlebihan.

Soalan-soalan lazim:

1. Bagaimana rasanya?

Tidak seperti minuman pelangsingan yang lain, RxLite mempunyai rasa koko semulajadi dan tanpa pengawet. Kalau hendak dibuat perbandingan, rasa dan teksturnya tidak ubah seperti Milo kurang manis.

2. Bagaimana cara penyediaannya?

RxLite datang dalam bentuk sachet pracampur, jadi anda hanya perlu bancuh ke dalam 150 ml (cawan kecil) air panas atau sejuk (jika sejuk, gunakan RxLite Shaker yang datang percuma dengan setiap pembelian Pakej CopycatRxLite).RxLite juga boleh dibancuh bersama susu, soya malah boleh dibuat "shake" buah-buahan seperti pisang untuk rasa yang lebih mengenyangkan.

3. Bagaimana ia berfungsi?

RxLite mengandungi bahan-bahan utama iaitu Carcinoga Gambogia, L-Carnitine - dua bahan yang telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. Bahan Carcina Gambodia ini sebenarnya lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Asam Keping yang digunakan sebagai perisa masakan.

Bahan utama lain pula ialah L-Carnitine yang merupakan sejenis zat yang membantu menukarkan lemak kepada tenaga. Carnitine sebenarnya dihasilkan oleh tubuh kita di Hati & Ginjal dan disimpan di otot tulang, jantung, otak & sperma. Sesetengah orang boleh kekurangan Carnitine kerana tubuh mereka tidak menghasilkan cukup Carnitine atau pemindahan ke tisu-tisu supaya boleh digunakan. Sesetengah penyakit atau medikasi juga boleh menyebabkan kita kekurangan Carnitine ini. Carnitine juga bertindak sebagai anti-Oksidan. Secara semulajadinya, ia terdapat di dalam buah Avocado, susu ibu, produk-produk tenusu, daging Merah (terutama Kambing & Lembu) serta Tempe (kacang Soya yang diperap). Kekurangan L-Carnitine boleh menyebabkan Keletihan, Kekejangan Otot atau Penurunan kadar Gula dalam darah. Selalunya para atlit yang pergi bercuti ke luar negara 'makan angin' untuk beberapa hari atau minggu setelah menang perlawanan, badan mereka akan mudah 'naik' jika mereka tidak ikut rutin rejim senaman dan latihan seperti biasa. Apa yang akan Dr. Sukan seperti Dr. Noordin Darus 'prescribe' untuk mereka ialah L-Carnitine. Ia membolehkan mereka mengurangkan kandungan lemak dalam tubuh mereka dengan kadar cepat sebelum bersedia untuk acara sukan atau perlawanan yang akan datang. Inilah uniknya Rx-Lite. Ia dihasilkan oleh profesional yang menjaga orang-orang profesional (atlit-atlit kebangsaan)Selain itu, Rx-Lite diproses dengan medium Rx-Water yang menjadikannya berAura. Ia diadun dengan Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh. Dengan mengambil Rx-Lite sebelum sarapan & makan tengah hari, ia akan memberikan anda tenaga extra serta rasa kenyang yang asli. 2 bahan utama tadi akan mula bertindak membakar lemak berlebihan dari badan anda dan anda akan rasa badan lebih ringan tanpa ada kesan sampingan yang merbahaya. Sebaliknya anda rasa bertenaga dan sihat. Namun pun begitu, Dr. Noordin menyarankan agar kita mengurangkan 'portion' pengambilan karbohidrat seperti nasi semasa mengamalkan Rx-Lite. Sebaliknya, menambahkan 'portion' lauk-pauk kita termasuk sayur & buah-buahan. Anda akan dapat rasakan perbezaannya serta berpeluang mendapat berat badan yang ideal.

4. Berapakah sukatan yang diperlukan?

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, adalah dinasihatkan anda mengambil minima 2x sehari dan maksima 3x sehari. Gantikan sarapan, makan tengah hari dan minum petang anda dengan RxLite. Jika tidak tahan lapar, minum sebotol air bersih dan menyihatkan seperti RxWater atau ambil buah-buahan.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil RxLite?

RxLite tidak sesuai bagi:

  1. kanak-kanak di bawah 12 tahun
  2. ibu mengandung
  3. mereka yang mempunyai sejarah sawan
  4. mereka yang mempunyai masalah jantung yang kronik
  5. Ibu yang menyusu tidak digalakkan mengambil RxLite walaupun kandungan L-Carnitine tidak banyak sehingga memudaratkan. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap penapisan yang berbeza-beza. Bagi kebanyakan ibu menyusu, kandungan kimia tidak akan sampai ke susunya, tetapi terdapat kes-kes di mana badan ibu gagal menapis dan mudah menyerap ke dalam susu.

Berapakah harganya?

HARGA UNTUK MENJADI AHLI-HARGA RM223(SEMENANJUNG)@ RM248(SABAH&SARAWAK) UNTUK 2KOTAK(60SACHET)+YURAN AHLI+1SHAKER PERCUMA+KOS PENGHANTARAN.

HARGA BUKAN AHLI-SEKOTAK RM138(SEMENANJUNG)@RM148(SABAH&SARAWAK)+1SHAKER PERCUMA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN.KOS PENGHANTARAN - RM7(SEMENANJUNG),RM12(SABAH& SARAWAK) UNTUK TEMPAHAN SEKOTAK

10. Tempahan @ Pertanyaan mengenai produk :-

Tempahan akan dihantar melalui karier/pos laju terus ke rumah anda.Hubungi saya 0194378393(hakim) untuk sebarang tempahan dan pertanyaan mengenai produk.

11. Cara Bayaran :-

Bayaran hendaklah dibuat ke salah satu akaun dibawah dan maklumkan kepada saya maklumat-maklumat seperti

NAMA :

NO IC :

CARA BAYARAN : (contoh:mesin ATM,kaunter bank,banking online tranfer)

NAMA BANK :

DAN MASA BAYARAN :

ke 0194378393(hakim) untuk mengelak sebarang kelewatan menerima pesanan anda.

Maybank: 162106517735 (MOHD HAKIM B. AWANG)

CIMB : 14120021807529 (MOHD HAKIM B. AWANG)

Email : mohdhakimxy@yahoo.com


TIPS MENILAI SEMULA CINTA KITA...

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

SUMBER : KOSMO FAMILI

ALASAN WANITA BERBOHONG...

Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.

1. Balas dendam

Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

2. Urutan kasih

Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

3. Kekerasan

Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

4. Hambar

Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.

Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

5. Seks

Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.

6. Cadangan

Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.

Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

7. Jejaka bermasalah

Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

8. Hubungan tiada kesudahan

Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.

Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

9. Bosan

Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.

Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

10. Hubungan tidak diduga

Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

SUMBER : KOSMO FAMILI

apa sudah jadi dengan melayu kita?

17,303 anak luar nikah melayu pada tahun 2009 sahaja!!!

17,303 anak luar nikah didaftar pada tahun 2009.terpampang pada sebuah tajuk berita di muka depan sebuah akhbar harian,21 Mac 2010. 17,303 anak luar nikah orang melayu islam!nah,kalau bukan satu tamparan kuat di muka kita orang melayu islam,apakah pula namanya itu?ia bukan angka reka-rekaan atau agak-agakan.Ia adalah angka rasmi yang dikeluarkan sendiri oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara(JPN), Dato' Alwi Ibrahim. Dan katanya lagi bilangan itu meningkat 762 orang berbanding tahun 2008 iaitu 16541,manakala tahun 2007 seramai 16,100. dalam tempoh 5 tahun lalu,jumlahnya seramai 74,723..Menurut Ketua JPN itu lagi,sepanjang tempoh 5 tahun itu, seramai 214,033 bayi pelbagai bangsa 'didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf,termasuk kes anak tidak berbapa 104,834 orang.maknya, antara 214,033 anak luar nikah itu,ada 104,834 yang tidak ada bapa.hah,fikir-fikirkanlah itu..Dalam tempoh 5 tahun dari 2005 hingga 2009 itu,anak luar nikah orang melayu menduduki tempat kedua terbanyak. Tempat ketiga India 23,696 kes dan tempat keempat Cina 23,692 kes(Melayu Islam 74723 kes?). Jauh betul bezanya.Kenapa?Tempat pertama adalah kaum-kaum lain 91,922 kes. Demikian hebatnya orang melayu!! walaupun beragama islam tapi kitalah kaum utama yang paling banyak melahirkan anak luar nikah,di samping kita jugalah yang paling hebat dan paling ramai dalam penagihan dadah!hebat,hebat bukan?Aduh,inilah fakta kehidupan kita hari ini.Bayangkanlah,kalau anak luar nikahnya 17,303 kes setahun,berpakah pula ramainya mereka yang terlibat dengan perlakuan zina dan seks di luar nikah. tentulah berkali-kali ganda daripada itu kan?Itu adalah bayi yang berdaftar dengan JPN,bagaimana pula bayi luar nikah yang tidak didaftarkan?yang dibuang senyap-senyap?yang dibakar hidup-hidup,yang tanam hidup-hidup tanpa belas kasihan..statistik tu menunjukkan betapa kroniknya gejala kes teterlanjuran dan kes anak luar nikah di kalangan melayu islam kita,betapa sedihnya kerana ia berlaku di dalam sebuah negara yang konon-kononya sebuah negara islam,sebuah negara yang mengamalkan hukum hakam islam...kalau kita betul-betul mengamalkan ajaran islam yang diturunkan oleh ALLAH swt.Semua ini tak akan terjadi.Ini janji ALLAH kepada kita,jika kita menuruti ajarannya..Sebagai melayu islam yang tidak mahu melihat bangsanya hancur,saya mengajak kita sama-sama berfikir dan bertindak agar kita bangsa melayu khasnya islam tak kan mudah rapuh dan musnah begitu sahaja. Jangan sampai ALLAH swt menurun azab dan bala ke atas Malaysia..barula kita terngadah dan menyesal.sama-samala kita fikir-fikirkannya.....

sumber : Dinsman(petikan wacana budaya)

Friday, April 23, 2010

kebetulan atau takdir?

Pernah tak kita dengar orang mati pada tarikh sama dengan hari lahirnya?bayangkan,tengah sambut b.day dengan family dan kawan-kawan,kita meninggal...aduh...mesti sedih sangat-sangat kn?tp itula yang berlaku kepada Teh Sian Meng 32 tahun daripada melaka.Dia menyambut harijadinya semalam 22/4/2010 yang ke-32, namun tarikh itu juga menjadi tarikh kematiannya apabila maut dihempap kepala lori. aduh..mesti sedih kn kalu benda-benda macamni berlaku kepada family serta kawan-kawan kita kan?
berita selanjutnya ada di bawah ni..kosmo 23/4/2010

Mati pada hari lahir


Oleh ROSLI HASSAN

rosli@kosmo.com.my

MELAKA - Kelmarin merupakan hari lahir Teh Sian Meng (gambar) yang ke-32, namun tarikh itu juga menjadi tarikh kematiannya apabila maut dihempap kepala lori.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa sedang menukar minyak enjin sebuah lori membawa makanan sejuk beku di stor lori di Taman Perindustrian Krubong di sini.Menurutnya, lori berkenaan secara tiba-tiba bergerak ke hadapan menyebabkan kepala lori yang telah diangkat kembali jatuh lalu menghempap mangsa yang ketika itu berada di bawah kepala lori berkenaan."Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta dada dan dipercayai mati di tempat kejadian," katanya di sini semalam.Salehhudin berkata, mangsa merupakan pekerja syarikat pengangkutan yang dimiliki oleh ayahnya. Katanya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Difahamkan, abang mangsa yang enggan dikenali berada bersama mangsa untuk membantu menukar minyak hitam lori berkenaan yang diletakkan di atas sebuah pelantar. Bagaimanapun, dia terselamat kerana tidak berada di bawah lori tersebut. Mayat mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik itu dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.


Apa sudah jadi dengan pelajar-pelajar kita?

Tidak cukup dengan kes pelajar pecahkan cermin kereta dan menimbah cat ke atas kereta guru-guru mereka.kali ini satu lagi kes berlaku bukan sahaja mengejutkan saya apabila membaca dan mengejutkan masyarakat kita khasnya. Kenapa pelajar-pelajar kita sekarang ni makin kurang ajar dan biadap?!di mana silapnya? bila saya membaca tajuk berita harian metro 22hb 4 yang bertajuk 'Pensel 8 hari dalam alat sulit',saya terkejut mengadah...lagi terkejut apabila membaca petikan seterusnya...anda bacalah sendiri dan nilailah sendiri tahap kebiadapan dan ketidakmadunan pelajar-pelajar kita sekarang..dimana silapnya?adakah silap sistem pendidikan kita?ibubapa? kawalan pihak sekolah? atau pelajar itu sendiri....

Pensel 8 hari dalam alat sulit
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/04/22

GOMBAK: Seorang remaja lelaki bukan sekadar merogol rakan sebayanya, malah turut menyumbat sebatang pensel ke dalam kemaluan mangsa dipercayai bagi tujuan suka-suka.
Tindakan terbabit hanya terbongkar selepas doktor menemui pensel sepanjang empat sentimeter itu yang masih ‘tertanam’ dalam kemaluan mangsa.
Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun berkenaan tidak menyedari kewujudan pensel itu yang dicucuk suspek ke dalam kemaluannya sejurus selepas memperkosanya dalam kelas pada 13 April lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosli Hassan, berkata mangsa yang juga anak terbuang dan tinggal di rumah kebajikan sebelum ini dilaporkan menjadi mangsa rogol yang berlaku dalam kelasnya di sebuah sekolah di Rawang di sini.
Menurutnya, dalam kejadian terbabit mangsa dirogol ketika waktu rehat ketika kebanyakan pelajar kelas berkenaan keluar untuk makan di kantin.
“Namun berdasarkan siasatan, suspek turut ditemani beberapa rakan lelaki lain yang bertindak sebagai ‘penjaga’ yang berkawal di pintu kelas. “Rakannya itu dipercayai menutup pandangan dari luar supaya perbuatan rogol terbabit selama lima minit tidak dilihat sesiapa.
“Rakan suspek dipercayai sengaja bersubahat dan polis akan memberkas beberapa lagi pelajar lain dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.
Menurutnya, mangsa yang diperkosa suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
“Agak mengejutkan apabila mangsa tidak menyedari kewujudan pensel yang dimasukkan suspek ke dalam kemaluannya sejak lapan hari lalu. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengeluarkan pensel itu.
“Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati mangsa sudah mengandung sebulan. Ini sekali gus membuktikan mangsa pernah diperkosa sebelum ini,” katanya.
Ditanya sama ada mangsa dirogol suspek sama, beliau bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu berikutan pegawai penyiasat belum mengambil keterangan kali kedua daripada mangsa.
“Fakta terbaru ini mungkin menjadi petunjuk baru mangsa pernah diperkosa di lokasi lain di sekolah sama. Setakat ini, suspek pelajar lelaki itu direman enam hari untuk membantu siasatan,” katanya.

Thursday, April 22, 2010

ingin mencari jodoh?

Kepada kawan-kawan yang ingin mencari jodoh yang sesuai,sertailah MYJODOH sekarang,PENDAFTARAN PERCUMA..hanya untuk yang BUJANG,JANDA ATAU DUDA sahaja..yang serius ingin mencari jodoh dan ingin mendirikan rumah tangga.Yang dah kawin jangan dok menggatal daftar plak yer..klik di bawah untuk pendaftaran percuma sekarang...
klik link di bawah untuk pendaftaran percuma sekarang...