Tuesday, April 27, 2010

apa sudah jadi dengan melayu kita?

17,303 anak luar nikah melayu pada tahun 2009 sahaja!!!

17,303 anak luar nikah didaftar pada tahun 2009.terpampang pada sebuah tajuk berita di muka depan sebuah akhbar harian,21 Mac 2010. 17,303 anak luar nikah orang melayu islam!nah,kalau bukan satu tamparan kuat di muka kita orang melayu islam,apakah pula namanya itu?ia bukan angka reka-rekaan atau agak-agakan.Ia adalah angka rasmi yang dikeluarkan sendiri oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara(JPN), Dato' Alwi Ibrahim. Dan katanya lagi bilangan itu meningkat 762 orang berbanding tahun 2008 iaitu 16541,manakala tahun 2007 seramai 16,100. dalam tempoh 5 tahun lalu,jumlahnya seramai 74,723..Menurut Ketua JPN itu lagi,sepanjang tempoh 5 tahun itu, seramai 214,033 bayi pelbagai bangsa 'didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf,termasuk kes anak tidak berbapa 104,834 orang.maknya, antara 214,033 anak luar nikah itu,ada 104,834 yang tidak ada bapa.hah,fikir-fikirkanlah itu..Dalam tempoh 5 tahun dari 2005 hingga 2009 itu,anak luar nikah orang melayu menduduki tempat kedua terbanyak. Tempat ketiga India 23,696 kes dan tempat keempat Cina 23,692 kes(Melayu Islam 74723 kes?). Jauh betul bezanya.Kenapa?Tempat pertama adalah kaum-kaum lain 91,922 kes. Demikian hebatnya orang melayu!! walaupun beragama islam tapi kitalah kaum utama yang paling banyak melahirkan anak luar nikah,di samping kita jugalah yang paling hebat dan paling ramai dalam penagihan dadah!hebat,hebat bukan?Aduh,inilah fakta kehidupan kita hari ini.Bayangkanlah,kalau anak luar nikahnya 17,303 kes setahun,berpakah pula ramainya mereka yang terlibat dengan perlakuan zina dan seks di luar nikah. tentulah berkali-kali ganda daripada itu kan?Itu adalah bayi yang berdaftar dengan JPN,bagaimana pula bayi luar nikah yang tidak didaftarkan?yang dibuang senyap-senyap?yang dibakar hidup-hidup,yang tanam hidup-hidup tanpa belas kasihan..statistik tu menunjukkan betapa kroniknya gejala kes teterlanjuran dan kes anak luar nikah di kalangan melayu islam kita,betapa sedihnya kerana ia berlaku di dalam sebuah negara yang konon-kononya sebuah negara islam,sebuah negara yang mengamalkan hukum hakam islam...kalau kita betul-betul mengamalkan ajaran islam yang diturunkan oleh ALLAH swt.Semua ini tak akan terjadi.Ini janji ALLAH kepada kita,jika kita menuruti ajarannya..Sebagai melayu islam yang tidak mahu melihat bangsanya hancur,saya mengajak kita sama-sama berfikir dan bertindak agar kita bangsa melayu khasnya islam tak kan mudah rapuh dan musnah begitu sahaja. Jangan sampai ALLAH swt menurun azab dan bala ke atas Malaysia..barula kita terngadah dan menyesal.sama-samala kita fikir-fikirkannya.....

sumber : Dinsman(petikan wacana budaya)

No comments:

Post a Comment