Friday, April 23, 2010

kebetulan atau takdir?

Pernah tak kita dengar orang mati pada tarikh sama dengan hari lahirnya?bayangkan,tengah sambut b.day dengan family dan kawan-kawan,kita meninggal...aduh...mesti sedih sangat-sangat kn?tp itula yang berlaku kepada Teh Sian Meng 32 tahun daripada melaka.Dia menyambut harijadinya semalam 22/4/2010 yang ke-32, namun tarikh itu juga menjadi tarikh kematiannya apabila maut dihempap kepala lori. aduh..mesti sedih kn kalu benda-benda macamni berlaku kepada family serta kawan-kawan kita kan?
berita selanjutnya ada di bawah ni..kosmo 23/4/2010

Mati pada hari lahir


Oleh ROSLI HASSAN

rosli@kosmo.com.my

MELAKA - Kelmarin merupakan hari lahir Teh Sian Meng (gambar) yang ke-32, namun tarikh itu juga menjadi tarikh kematiannya apabila maut dihempap kepala lori.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa sedang menukar minyak enjin sebuah lori membawa makanan sejuk beku di stor lori di Taman Perindustrian Krubong di sini.Menurutnya, lori berkenaan secara tiba-tiba bergerak ke hadapan menyebabkan kepala lori yang telah diangkat kembali jatuh lalu menghempap mangsa yang ketika itu berada di bawah kepala lori berkenaan."Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta dada dan dipercayai mati di tempat kejadian," katanya di sini semalam.Salehhudin berkata, mangsa merupakan pekerja syarikat pengangkutan yang dimiliki oleh ayahnya. Katanya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Difahamkan, abang mangsa yang enggan dikenali berada bersama mangsa untuk membantu menukar minyak hitam lori berkenaan yang diletakkan di atas sebuah pelantar. Bagaimanapun, dia terselamat kerana tidak berada di bawah lori tersebut. Mayat mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik itu dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.


No comments:

Post a Comment